Blog For Free!


Archives
Home
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 July
2005 June

My Links
Mawifc.com
Tokeikedai Online

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




~ jangan berkahwin dengan seseorang yang anda boleh hidup dengannya...
tetapi berkahwinlah dengan seseorang yang anda tak boleh hidup tanpanya... ~








Take this test at Tickle

Your true color is Blue!

What's Your True Color?
Brought to you by Tickle


Forex POLLS

Bengang
07.01.08 (1:51 pm)   [edit]
Pintu sepiku yang bertahun terkunci
Terpaksa aku bukakan perlahan-lahan
Kerana ku khuatir, bisikan yang berbalah
Denganku seharian, akan meneggelamkan
Keakuan...

Andai terjadi mana lagi tempatku
Nak aku pahutkan mimpi sediakala
Menunaikan janjiku, pada diri sendiri
Untuk ku memiliki
Cinta dulu asalnya, aku yang punya

Mana datang cahaya
Bukanlah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting hatiku dapat kau tawan
 
06.25.08 (7:22 pm)   [edit]
ada satu kisah...

Lelaki ni yg merupakan hero dlm ini kisah kena paksa kawen dgn perempuan yg hero x cinta. Hero kena fitnah dgn pompuan tu yg merupakn sepupu hero sendiri dgn mengatakan bhw pompuan tu ngandung ank hero. Masa tu after spm. Konon hero balik rumah nk bgtau result spmnya yg cemerlang pd mak bapak dia. Tup2 x pasal2 hero kena penampor sulung dr bapak hero. Masa tu dia muda remaja lagi. Selepas kena maki hamun sepak terajang bagai dgn bapak dia yg garang, dia kena jgk kawen dgn pompuan tu utk menutup malu. Setelah semua penjelasan dan penerangan yg hero bg tak di terima oleh family, akhirnya hero nekad larikan diri pada malam hero akan dinikahkan dgn pompuan tak tau malu tu. Buat dgn org lain, tp yg tanggung org lain. Dgn linangan air mata hero tinggalkan kpg halaman tercinta dan jua ibu yg terlalu di kasihi. Dengan satu nekad dan iltizam bahawa hero pasti balik dan akan bersihkan nama dia suatu hari nanti.

Bermulalah kisah hidup hero yg penuh pancaroba di kota metropolitan kuala lumpur. (apasal tiap kali lari mesti gi KL ek.. x bole ke gi JB ke.. Sabah Sarawak ke..). Berbekalkan duit tabung yg x seberapa adanya, hero sampai di kl tanpa tau menahu ape itu KL. Org kpg la katakan. Umo pun baru setahun jagung. Lepas SPM, ape la hero tau. Hero cuma tau sebut Kuala Lumpur je masa kat stesen bas kat kpg hero. Padahal ape tu kuala lumpur pun hero x tau. Tapi malangnya sampai je kat pudu hero kena ragut. habis semua dgn beg2 kain baju skali kena songlap dgn mat pet yg pura-pura nak tunjuk jln. Dok la hero melangok kat tepi pembahu jln nk cari ikhtiar hidup. Dgn perut berkeroncong lagu zapin, hero gagahi jln utk carik mkn.

Berlaku la insiden hero selamatkn pakcik tua drp kena ragut. Kebetulan plak hero ni pandai silat. Kat kpg dulu juara tu. Selamatla duit pakcik tu drpd di cilok oleh kutu2 rayau kat kl. Di pendekkan cite, pakcik tu ada ank bukak restoran mkn, hero pun keje ngan ank pakcik tu yg dipanggil abg Lan. Buat baik, dibalas baik. Abg Lan ni plak ada la sediakan asrama utk pekerja2 dia. Kerjala hero dgn gembiranya kat rerstoran abg lan tu. Tanpa di sedari hero ni telah di aim oleh seseorg utk mengenakannya.  Satu hari hero dituduh curi duit restoran yg cecah angka ribuan ringgit. Mengamukla abg lan sbb x sangka hero sanggup buat gitu. Hero dibagi warning utk mengaku atau di buang keje. Belum sempat jelaskan ape2,asrama ni diserbu oleh polis, rupa2nya ada la sorang dua pekerja abg lan ni penagih dadah. Hero yg tak tau menahu kena tahan juga tp di lepaskan atas ihsan polis dan tiada bukti hero bersalah. Hero di buang kerja oleh abg lan tanpa notis. Kesian..

Pastu bermula lah episod dia jalan2 mencari keje lain. Diterimalah hero bekerja sebagai seorang despatch kat sebuah compeni kourier. Dlm masa tu hero tinggal kat sebuah ruma sewa yg dihuni 2 org pekerja despath juga. Belum sempat rasa kegembiraan bekerja jd budak penghantar surat, masalah lain pulak timbul. Rupa2nya 2 org mamat yg dok serumah dgn hero tu GAY. Tak pasal2 dgn hero2 sekali mamat tu nak terjah. Maklumla, hero ni rupa ada, body pun cun, cuma muda jer. Jgn kata pompuan, lelaki pun tertarik. Malam tu jugak hero lari dari rumah tu. Patutla sebelum ni masa hero duduk situ 2 org mamat tu layan semacam jer. Dan patot la tiap2 mlm 2 org mamat tu asek tido sama je. Sib baik la si hero ni kuat iman. Kalo tak..Hish.. gelaman mak nyah!

Nak tak nak terpaksa la hero berhenti keje sbg despatch tu sbb 2 org mamat tu asek ushar hero jer. Gi keje kacau, balik keje kacau.. nak gi toilet lagi la kena kacau. Nak di pendekkan citer yg rasanya dh cukup panjang ni, hero dapat plak keje kat sebuah hotel terkemuka tanah air. Kat sini lagi la macam2 kerenah makhluk hero jumpa. Belum sampai 2 tahun dok kl pengalaman hero ni lagi bnyk drpd org yg 10 thn dok kl. Sehingga la tiba satu hari, ada sorang mak datin ni tup2 baik hati offer hero keje. Mula2 tu hero xnk, tp bila tgk mak datin tu baik sgt mcm mak hero.. maka hero pun terimalah. Keje opis kata mak datin tu. Sekali ntah macam mana satu mlm tu mak datin ni ajk hero dtg je umah banglo dia. Hero yg blur2 pun dtg. Mula2 dok kat ruang tamu borak2, pastu mak datin tu ajak plak naik tingkat ats dok beramah mesra kat balkoni. hero ikut jgk walaupun badan dah seram sejuk. Tup2 mak datin tu tarik hero masuk bilik. Ah sudah. Sepantas kilat hero berlari keluar dari banglo tu tanpa memperdulikn jeritan asyik dr mak datin tua2 tak sedar diri tu. Asek lari je kerjanya. Tk penat ke.

Dalam pada berlari tu, hujan pun turun dgn lebatnya. Apa la nasib hero gaknya. Tiba2 hero teringat kpg, kat mak dia..bapak dia..abg2 kakak2. Ape la jd selepas dia tinggalkan kpg mlm tu. Dengan kepala yg berpusing2 dan mata berpinao.. hero terjelepuk jatuh terbaring ats jalan. Kebetulan ada sebuah kereta lalu menghala kearahnya. Jeng3... adekah hero kena langgar?
Sedar2 je hero dah terbaring kat ats tilam empuk. Nampak la kelibat seorg perempuan tua disebelahnya. Menjeritla hero terkejut minta dilepaskan sbb dia sangka perempuan tu adalah mak datin gatal td tu. Tapi hero silap, ini org lain la. Hero ditenteramkan oleh perempuan tu. Pompuan tu org gaji je. Kemudian dtg lagi sepasang makcik dan pakcik tersenyum kearahnya yg merupakan pemilik rumah tersebut. Tanpa di ketahui bahawa mereka itu adalah org kaya dlm ini kisah.

Dipendekkan sinetron ini, maka bermulalah episod hero menjadi ank angkat kepada sepasang org kaya yg bergelar Tan Sri Dato Sri dan Puan Sri Datin Sri yg pernah kematian anak lelaki. Dengan berbohong kononnya hero xde sedara mara, anak yatim piatu dan datang ke bandar utk bekerja, hero diterima menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah dalam syarikat kepunyaan Tan Sri tadi tu yg kemudiannya di panggil uncle. Nampk la moden sket.Murah rezeki kan.. tp biasa la lepas tu ada yg tak puas hati tup2 hero dpt jawatan tu. Alah..kisah melayu..dengki..cemburu..bla3.. Tapi sebelum hero menjawat jawatan tu, di kena pergi kursus tentang selok belok dunia bisnes terlebih dahulu selama setahun. Imej dan kehidupannya mula berubah. 

5 tahun berlalu..ingatan pd kampung tak pernah terluput dr ingatan. Rindu pada keluarga terutama ibu nya makin menebal. Tapi hero pendamkan perasaan tu dan percaya suatu hari nanti dia akan balik kepangkuan keluarga tercinta. Satu hari hero diarahkan oleh uncle untuk menjemput ank gadis dan ank sedaranya yg baru pulang drpd melanjutkan pelajaran di Perancis. (Ooo..ada ank gadis rupanya org kaya tu. Gadis yg merupakan heroin ini kisah.) Hero pun tanpa bantahan pegi ke KLIA utk jemput bebudak pompuan tu td tanpa di ketahuinya bebudak pompuan tu dah lama sampai dan hangin la satu badan anak gadis uncle tu sbb dreba lambat jemput. Hanya maki hamun yg hero terima sesampainya hero di sana. Kurang asam sungguh ini heroin. Terkedu la sang sepupu(heroin kedua) dek terpandang ketampanan wajah sang hero lalu berbisik, tidak ku sangka di Malaysia pun ada lelaki yg begitu kacak tampan wajah bergaya. Malah lebih2 la kacaknya berbanding org perancis.  Kalo tau..tak ingin aku berkenalan dgn lelaki perancis. Ini lah peluang aku!! yeah yeah.. bisiknya lg.

Mengamukla si heroin kerana lelaki yg di sangka dreba rupa2nya anak angkat kepada daddy nya. Bila masa plak bapak dia amek ank angkat. Maka tak sebulu la antara keduanya. Asek bergaduh je. Tapi seperti biasa, hero selalu mengalah dgn sang heroin tu. Mengalah tak bererti kalah. Setelah bermacam2 ribut melanda..dugaan demi dugaan..cabaran dari compeni..org2 yg jahat dan komplot2 yg x baik..juga masalah2 yg menerpa yg datangnya dari sang heroin, badai pasti berlalu. Jadilah kehidupan neutral seperti biasa. Mana yg jahat kena tangkap, segala komplot dapat di hapuskan dan mane2 perkara tak elok berjaya dicaras. Di pendekkan lagi kisah, akhirnya sang heroin jatuh tergolek2 hati limpa jantung buah pinggang paru2 pada sang hero yg lembut hati, sweet dan disukai ramai tu. Dan..dugaan terakhir lagi dtg menimpa.

Sayang seribu kali sayang.. mcm lagu iklim tu. Saat heroin tu sedar yg dia jatuh cinta pd si hero, si hero kita tgh bersiap2 untuk meraikan majlis akad nikah hero dgn sang sepupu heroin (heroin kedua) yg dah lama menaruh hati pada hero sejak pertemuan pandang pertama di KLIA. Majlis yg hanya sebulan lg akan berlangsung. Ada masa lagi nk kensel kan tuh. Menangislah heroin td dek kerana menyesal atas segala tindakan biadap dan kurang manis pada hero selama ni. Juga terkenang saat2 manis layanan baik hero padanya. Kan dah menyesal..tu la..buat lg.  

2 minggu sebelum pernikahan nak berlangsung, terbongkarlah satu kisah yg mengatakan bahawa heroin kedua ada kena mengena dgn satu kes bunuh semasa kat perancis dulu. Rupa2nya heroin kedua ni dulu agak jahat, jd pompuan simpanan org kaya perancis. Ada la lagi kisah nya, tup tap tup tap org kaya tu mati. Polis hidu punya hidu si heroin kedua ni dalang pembunuhan org kaya tu utk dapat harta. Ish..ish.ish.. Tapi heroin ni insaf sejak jumpa hero. Cuma tak tau plak kes tu akan terbongkar satu hari nanti. Tu la.. kalo buat jahat pasti xkan terlepas. Tersenyum lega la sang heroin td bila tau hero tak jd kawen.

Tapi..(brp banyak tapi dah..)..rupa2nya heroin kedua kena fitnah. Siasat punya siasat ada lagi dalang paling jahat yg bunuh org kaya perancis tu. Heroin kedua terlepas sbb dia jd mangsa keadaan. Ini pun ats jasa hero jgk tolong dia cari bukti utk menunjukkan dia tak bersalah. Baik tol hati hero nih. Mungkinkah perkahwinan diteruskan? Hati heroin dah berkecamuk. Akhirnya heroin luahkan jgk perasaan sebenar dia pada hero. Terkejut la hero dan tak sangka heroin pun ada perasaan kat dia. Dlm diam2 hero pun suka heroin tu lama dah, tp malu nk bgtau. Lagi pulak bila tgk perangai heroin yg benci hero tanpa sbb. Maka serba salah hero dibuatnya. Dilema nak pilih pompuan yg mana. Dua-dua pun cantik. Di sana menanti..di sini menunggu.

Di pendekkan lg kisah, heroin kedua undur diri. Sebelum hero lari pd malam perkahwinan mereka, lebih baik dia undur diri. Bisiknya. Dia tau hero suka kat dia punya sepupu iaitu heroin. Suka sama suka maka dia restu heroin kawen dgn hero. Banyak baik ini pompuan. Makin bertambah rempah ratus dalam kisah ni, pengantin pompuan bertukar. Gegak gempita la malam perkahwinan mereka. Malang yg tak berbau, belum sempat melangkah masuk ke rumah pengantin pompuan, hero kena tembak. Beng! beng!! Satu tembakan tepat kedada. Satu lagi di perut. Suasana riuh jd sunyi tiba2. Terus terdengar jeritan. Semua serbu ke arah hero yg tiba2 jatuh terjerumus depan pintu. Heroin menerpa menyambut tubuh hero. Baju nikah yg serba putih bertukar warna merah. Permintaan terakhir hero..adalah untuk bawa dia balik ke kpg halaman utk jumpa mak bapak dan keluarga dia. Hero tahu ajal dia dh nk sampai. Dia nak minta maaf pada semua.

Dajal yg bertanggungjwb tembak hero di tangkap. Rupa2nya sepupu sepapat rakan taulan yg x puas hati sama itu Tan Sri ngan hero yg punya angkara. Ceh..ada lagi saki baki org jahat tang akhir2 citer tu. Dengan keadaan nazak, hero dibawa balik ke kpg halamannya guna ambulans. Barulah Tan Sri tau kisah sebenar pasal hero. Duka yg hero kena tanggung disebalik keceriaan hidup dia selama ni. Sampai je kat kpg keluarga hero terkejut menerima keadaan hero. Menangis la mereka semahu2nya melihat hero pulnag kepangkuan mereka. Barulah kisah sebenar terbongkar. Sepupu yg hendak di nikahinya 8 tahun lalu bukan mengandungkn ank hero. Tapi ank org lain yg merupakan jiran mereka juga. Semuanya diceritakan sendiri oleh budak pompuan tu sehari selepas hero melarikan diri pd malam pernikahan mereka. (bengong! asal la x bgtau awl2) Puas mak bapak hero cari hero ke merata tempat tp tak jumpa. Menyesal la kedua org tua tu sbb x percayakan hero. Lagi menyesal sbb kerana angkara tu, hero menghilangkan diri dan kembali pd mereka dlm keadaan luka parah sedemikian rupa.

Hero menghembuskan nafas terakhir dalam dakapan heroin dan keluarga. Seperti mana yg pernah di katakan dulu, dia pasti akan kembali kepangkuan keluarga dgn nama yg bersih. Daripada-Nya kita datang..kepada-Nya kita kembali.

Sekian...

 
sad news
06.21.08 (1:49 pm)   [edit]

maka...
nak tak nak..aku kena terimanya jugak..
yg perlu aku buat skrg adalah BERUSAHA! BERUSAHA! dan BERUSAHA!!
tanggungjwb yg perlu aku bayar di ats ape yg aku dah buat selama ni..
aku xnk menyesal hanya dgn sedikit kesilapan..dan kerana kesilapan yg dtgnya dari aku sendiri menyebabkan aku menangis di kemudian hari.. (mcm kes berat beno jer)
kdg2 tu, Aku pandai nasihat org..buat tu..buat ni..baca tu..baca ni..bla3
tp bila kena tang batang idung sendiri..ambekk.. terkedu..
utk diri aku sendiri: SELAMAT MAJU JAYA dlm exam!! jgn biarkan carymark ko tu mempengaruhi ko!!watchaa

terdengar bisikan mesra kalimah keramat bermentera
bermulanya siang berakhir malamku
tak akan ku jemu menyebut nama-Mu
tiada batasan waktu..tiada tempat-Mu tertentu
di gunung di lembah di darat di air
siapa pun hamba..
keikhlasan doa...keagungan kasih..merubah takdir
bila di sedari diri di sayangi
langkah kaki ini semakin berani
bila terkeliru ku ucap nama-Mu
terasa diriku kembali dipandu
Kau lah yang pertama..tiada akhirnya
aku dalam kegelapan Engkau la cahaya
izinkan la aku menumpang di sini
dibawah naungan kasih dan sayang-Mu
ku berserah diri...

redha Allah satu kemestian..<-- i like dis quote, kat mana aku nampk ek?

 
basikal oh basikal
06.16.08 (9:26 pm)   [edit]
riang hati ku badan bertuah, punya teman yang  comel dan manja
berjanji akan selalu bersama, menemaniku sepanjang masa
aku hidup serba sederhana, tiada harta tiada rupa
hanya yang ada budi bahasa, harta sekadar basikal tua
orang biasa..basikal tua lalalala

hurmm...nampaknya aku kena beli basikal utk jimatkn penggunaan minyak dlm jangka waktu sedekad nih...
 
disappear
06.11.08 (6:02 pm)   [edit]
sepit kuku aku ilang..sape ntah amekk.. ke aku salah letak ek? Adekah aku kena terima hakikat bahawa sintom2 ke arah kedewaasaan yg menyebabkan aku jd pelupa (tua) sedang menular kencang dlm diri aku?
Eh tak la... bukan bukan..org cerdik mmg selalu lupa lah..
 
finale exam
06.10.08 (7:22 pm)   [edit]
Sesi menapakan diri di atas meja dok mengadap buku bakal berlangsung 2 minggu lagi. Terapi memerah otak bagi menghasilkan idea warna warni dan ilmu2 yg aku pelajari selama ni akan aku luah kn melalui hamparan kertas dan selautan dakwat pen.. (pen merah pen biru, u marah i kill u). Segala urat saraf dan otot2 akan aku perkemaskan bagi menerima sesi pertapaan tersebut. Akan aku pastikan tiada anasir-anasir jahat dan pendekar dari gunung terkelendat datang mengacau. Tumpuan demi tumpuan aku juruskan pada satu jurus iait u formula membaca sambil mengingat je. Panggilan drpd bf ke..gf ke..pm or lain2 menteri..pengarah..artis.. atlit..hatta kungfu panda atau segala wacana2 masalah minyak naik tidak akan aku layan melainkan drpd keluarga tercinta. Tapi drpd chiaki senpai akn aku pertimbangkan lor..

Modal utk mengelakkan diri dari kesibukkan kota.. (penat berjalan di tgh kota mencari teman bukan lah mudah..-->lagu alleycat di tgh kota) dan kesibukkan keje amatlah payah utk ditemui. Sebelum aku transform jd optimus prime yg kacak itu lebih baik aku menjadualkan aktiviti aku dr sekarang. Plan cuti dah lama aku rancang, nampka gayanya x bole nk stright to the ampang point cuti sbb sistem hok siap lagi deh. Kepala otak yg dah sememangnya berseliaran dan berbelit2 dgn segala saraf2 tunjang serta neuron2 makin terbelit dek memikirkan cara terbaik utk siapkan sistem .Tapi tu xpe lagi, aku percaya bole buat. Aku kan gagah. Org yg percaya pd diri sendiri pasti boleh berjaya. Cuma tak tau la plak berjaya time square tu percaya pd diri sendiri ke tak.

Nampaknya dah lama aku tak jual kerepek kat blog aku nih.. sejak diri bergelumang dgn segala mcm beban yg semakin meruncing, otak aku turut rasa bagai di hempap dgn buah durian yg ranum isinya lagi harum semerbak baunya bila masak walaupun aku x mkn durian sgt. (Ape ko merepek ni cik kak oii) chow....

Tatata... (lambai tgn ala2 miss universe)

**dalam hidup ini hadapi semua cerita indahku..saat2 remaja yg terindah tak bisa terulang. Ku ingin nikmati segala jln yg ada di hadapku..kan ku tanamkn cintaku kasih ku..hanya lah untuk-Mu..



 
life is a fairytale
06.06.08 (10:44 am)   [edit]
let by gone..be by gone..
everything was clear..
yeah yeah..
 
redha itu satu ibadah..
06.03.08 (1:26 pm)   [edit]
kenapa perlu aku yg terbeban di ats kesilapan yg org lain buat... :,(
 
Image hosted by Photobucket.com



>>insan misteri<<(",)v

++AKU++
aku bekerja macam berlari...bukan selaju mana aku boleh lari, tapi sejauh mana aku boleh pergi..

++DIRIKU++
Hidup ini umpama cerita dongeng..kdg2 ianya menakjubkan..kdg2 ianya menggerunkan..terlalu banyak risiko yg menanti.. tapi ada sesuatu yg paling hebat didalamnya iaitu CiNtA.. ceh ceh ceh..

++KATA HATIKU++
kU KeJaR mENtAri YaNg HiLaNg ...
Ku NanTi SanG PelaNgI MenJElAng..
AkHiRnYa Aku TeRsUNGkuR dALaM tERang..
mERabA-RaBa mENcAri jAlaN pUlAng..


~jgn biarkan diri anda di hantui oleh diri sendiri..~


Sudah kudaki gunung tertinggi
Hanya untuk mencari dimana dirimu
Sudah kujelajahi isi bumi
Hanya untuk dapat hidup bersamamu
Sudah kuharungi laut samudera
Hanya untuk mencari tempat berlabuhmu
Tapi semakin jauh ku mencari
Cinta semakin aku tak mengerti
Akulah Arjuna....yang mencari cinta..
Wahai wanita....cintailah aku..
Mungkin kutemui cinta sejati
Saat aku hembuskan nafas terakhirku
Mungkin cinta sejati memang tak ada
Dalam cerita kehidupan ini