Blog For Free!


Archives
Home
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 July
2005 June

My Links
Mawifc.com
Tokeikedai Online

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




~ jangan berkahwin dengan seseorang yang anda boleh hidup dengannya...
tetapi berkahwinlah dengan seseorang yang anda tak boleh hidup tanpanya... ~








Take this test at Tickle

Your true color is Blue!

What's Your True Color?
Brought to you by Tickle


sedih maa
03.27.08 (10:57 am)   [edit]

setahun sudah ku menunggu dirimu
akhirnya kau menjadi milikku
susahnya untuk ku melupkakan dirimu
kerna kau ku cintai selalu
tapi sayang..
kehadiran kekasih lamamu
datang kembali mengenang cinta dahulu
mengapa ini semua harus berlaku
apakah ini semua kerna diriku
sedangkan aku penawar dalam percintaan
tak sanggup aku melepaskanmu
kau ibarat..
terperangkap di tengah lautan
tak tahu mana arah untuk kau menuju
andai kau pinta aku untuk melep askanmu
terpaksa aku turutkan
mungkinkah ini suatu pengajaran
di dalam percintaan...


lagu di donload drpd email  yg di sent oleh kawan aku..
permintaan terakhir -lagu dari penjara-
nice song..aku pn teringin nk cipta lagu sendirik..ehehe
sedih bila tau kisah di sebalik lagu tu..
tp x tau la btol ke idak..
wallahuwaklam...
 
MARA terus mara....
03.14.08 (11:32 am)   [edit]
wow wow wow...
bahang pilihan raya dah berlalu..
tp bahang matahari masih sama lagi..
aku dpt loan MARA, Alhamdulillah..
tgh bersibuk2 mengisi borang tawaran yg di bagi..
Ahad ni aku regster ke sem 2..
makanya..bermula minggu depan aku akan sebuk lagi as student..
kalo tak sebuk, aku yang akan menyibuk2 kan diri supaya org lain x kaco aku..
makin taf la nampaknya sesi study aku kali ni..mybe..
moga perjuangan aku akan selesai sehingga ke titisan exam terakhir.. di sem terakhir di tahun akhir..
iye lor...dpt loan mara..kalo aku terbengkalai sekerat jalan..sape nk bayo tuh..
bukan mereka dan keluarga mereka..tapik aku maa..
nak jual besi buruk..xde la pulak..
nak jual baju2 lama..dah tak de org nak beli..
nak jual nasik lemak..tak sedap kang tak laku..
jadik nyer, aku kena jual ilmu dan kemahiran aku pd kerajaan untuk membayarnya..
 
friend is not lover
03.13.08 (2:12 pm)   [edit]
Seperti ada kesuraman disebalik wajah itu. Setelah hampir 5 tahun aku mengenalinya. Banyak perubahan yang ada ku kira pada dia. Dia tak se'cute' dulu. Tak selincah dan segila-gila dulu. Juga tak sepetah macam dulu. Kalau dulu, dia selalu bercerita tentang diri dia, tempat keje dia, family dia, kawan-kawan dia. Kadang tu pasal jiran dia pun dia cerita. Tapi sekarang, dia banyak membisu. Malah aku yang kena banyak tanya baru dia akan bukak cerita. Pelik kan? sekarang dia asyik tanya pasal boyfriend pada aku. Sape boyfriend aku? org mana? umur berapa? keje mana? terlalu spesifik pertanyaan tu m embuatkan aku rimas sangat. Malas aku nak jawab. Sudahnya aku diam je. Pastu dia senyum. Ada makna disebalik senyuman tu. Dan aku tau, senyuman tu macam tak se'macho' dulu. Dia pun dah kurus. Dia kata mungkin sebab dia pakai pendakap gigi. Yup, aku perasan pasal tu. Nampak tak lawa pulak tgk dia pakai benda alah tu. Katanya, org selalu kutuk gigi dia yg berterabur. Tu sebab nyer dia pakai pendakap gigi. Aku gelak je. Tak sangka, dia juga mementingkan kata-kata org. Pastu aku bagitau, maknanya aku sorang jer yang tak kisah pasal gigi dia. Sebab aku tak pernah la pulak nak kutuk gigi dia masa aku dgn dia dulu. Hehehe..mungkin betul kata org, kalu dah suka...semuanya nampak elok. Hahaha..lawak tul!

Dulu aku suka gaya dan personalitinya. Kadang-kadang serius. Kadang-kadang lucu. Dulu dia komited pada keje yang dia buat. Tidak la aku kata sekarang dia tak komited, cuma sekarang dia lebih berserah. Mana dia yang dulu? Kadang-kadang mood untuk aku bercerita dan berbual juga hilang dek perubahan yag ada pada dia. Aku lebih suka dia yang dulu. Maksud aku, dia yang aku kenali dulu. Nampak lebih bertenaga, lebih bergaya, lebih macho, lebih matang, lebih konfiden dan macam-macam lagi. Tapi sekarang, ntah kenapa aku rasa ada kesedihan di balik wajah dia. Gembirakah dia? bahagiakah dia dengan hidup dia sekarang? Aku ada tanya, dia gembira tak sekarang? dia cuma senyum. Dan dia kata yang dia gembira. Lega aku dengar walau tak sepenuhnya. Mungkin dia belum betul-betul jumpa apa yang dia hajati. Dan aku harap dia akan menemuinya.  

Aku tak tau ape yang mendorong aku untuk jumpa dia. Atas pakej ape kitaorg jumpa ek? mungkin sebagai kawan barangkali. Atau teman biasa. Atau seorang yg pernah aku kenal. Yup, kawan! Dia adalah kawan aku jugak. Walau ape pun yang dah berlaku dulu, hubungan kawan tetap tak putus. Dan sejujurnya aku bagitau, aku lebih selesa bersama dia sebagai kawan. Seolah-olah takde rahsia antara kitaorg. Perasaan tu luhur sangat. Walaupun aku pernah terpikir taknak jumpa dia lagi, tapi aku tau ape yang berlaku selalu nya bertentangan dgn ape yang kita  fikir. Sebenarnya tak ada sebab untuk kitaorg lari daripada satu sama lain. Melihat dari aspek profesional dan fikiran yang matang, ada baiknya duduk berbincang dan berbual secara aman dan tenang. Sebab tu kitaorg jumpa. Bercerita sebagai kawan lebih baik drpd bercerita sebagai kekasih. Terlalu jauh dan banyak perbezaan. Mungkin takdir yang tersirat mengatakan bahawa kami diciptakan bukan untuk hidup bersama. Tapi takdir kami mengatakan bahawa kami diciptakan untuk menjadi saudara dalam hubungan persahabatan. Itu sudah cukup memadai. Sekurang-kurangnya kami tidak bermusuh. Berdedam jauh sekali. Sesungguhnya, hanya tuhan yang tahu. Sebagai hamba, aku ikhlas menerimanya. Mungkin ada yang lebih baik menanti kami di hadapan sana.

to the one i like be4...
kita bertemu secara baik..dan ia juga akan berkesudahan secara baik.. as friend

 
03.11.08 (2:07 pm)   [edit]

Aku menangis dalam hati...
ape yg aku cari dan ape yg aku nak sebenar nye ek?
mungkin cara aku salah...tp aku harap di akhir nya nanti clear..
lain yg aku nak..lain pulak yg jd...
ayoyo..dh la bnyk masalah.. makin lagi aku tambah masalah..
keh keh keh..
aku mmg sedikit gila gaknyer...


berkawan tak semestinya tak bole bercinta...dan bila dah pernah bercinta, tak semestinya tak bole jd kawam balik..
masalah nyer..bercinta ke derang tu ek?
zero...

 
mungkin ke?
03.05.08 (4:27 pm)   [edit]
suke nyer lagu nih...

Seperti ada yang tak kena
Disaat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa

Maafkan andainya ku menggangu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin Mengenalimu
dan tahu ku Menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak perasan
Perbezaannya...

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah?..

 
amigos..
03.04.08 (11:39 am)   [edit]
layak ke aku memangku keje PSM?
ayark...
 
Image hosted by Photobucket.com



>>insan misteri<<(",)v

++AKU++
aku bekerja macam berlari...bukan selaju mana aku boleh lari, tapi sejauh mana aku boleh pergi..

++DIRIKU++
Hidup ini umpama cerita dongeng..kdg2 ianya menakjubkan..kdg2 ianya menggerunkan..terlalu banyak risiko yg menanti.. tapi ada sesuatu yg paling hebat didalamnya iaitu CiNtA.. ceh ceh ceh..

++KATA HATIKU++
kU KeJaR mENtAri YaNg HiLaNg ...
Ku NanTi SanG PelaNgI MenJElAng..
AkHiRnYa Aku TeRsUNGkuR dALaM tERang..
mERabA-RaBa mENcAri jAlaN pUlAng..


~jgn biarkan diri anda di hantui oleh diri sendiri..~


Sudah kudaki gunung tertinggi
Hanya untuk mencari dimana dirimu
Sudah kujelajahi isi bumi
Hanya untuk dapat hidup bersamamu
Sudah kuharungi laut samudera
Hanya untuk mencari tempat berlabuhmu
Tapi semakin jauh ku mencari
Cinta semakin aku tak mengerti
Akulah Arjuna....yang mencari cinta..
Wahai wanita....cintailah aku..
Mungkin kutemui cinta sejati
Saat aku hembuskan nafas terakhirku
Mungkin cinta sejati memang tak ada
Dalam cerita kehidupan ini