Blog For Free!


Archives
Home
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 July
2005 June

My Links
Mawifc.com
Tokeikedai Online

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




~ jangan berkahwin dengan seseorang yang anda boleh hidup dengannya...
tetapi berkahwinlah dengan seseorang yang anda tak boleh hidup tanpanya... ~








Take this test at Tickle

Your true color is Blue!

What's Your True Color?
Brought to you by Tickle


enchanted
11.30.07 (10:04 am)   [edit]
mmg terpesona ngan tertarik..
lucu betul aku tgk citer tu..
mmg dogeng semata-mata..
but..aku enjoy menontonnya..
x reti nk buat kesimpulan pasal citer tuh..
tp boleh la.. 7/10 bintang
 
sweet memories
11.27.07 (5:13 pm)   [edit]
Pada hujung minggu yang lalu, kami seramai 5 org penjawat awam telah berlepas ke salah sebuah negeri di Pantai Timur demi menjalankan misi cuti-cuti Malaysia selain memenuhi jemputan kahwin seorang teman sepejabat. Kami bertolak dari Gombak tepat jam 12 tengah hari lebih sikit menuju ke Cherating. Kelewatan tidak menyebabkan 3 orang daripada kami berputus asa menanti dan terus menanti 2 org teman yg pada awalnya berjanji untuk sampai pada pukul 10 pagi. Dengan itu, kami sepakat untuk tidak lagi menggunakan perkataan 'janji melayu'. Sepanjang perjalanan, kami di temani dengan lagu-lagu yang menyentuh perasaan di nyanyikan oleh seorang teman yang gemar menyumbang dan merosakkan lagu. Selera untuk tidur lenyap dek akibat gangguan 'radio rosak' tersebut. Walau bagaimanapun, kecerian jelas terpamer di wajah kami semua. Kami berhenti di kawasan perhentian R&R untuk menikmati juadah makan tengah hari. Keseronokkan untuk segera sampai menyebabkan selera makan kami terbantut. Dan akibatnya, terdapat seorang dua daripada kami tidak menghabiskan sisa-sisa makanannya. Terlepaslah mereka peluang untuk mendapat suami soleh.

Perjalanan kami diteruskan dan masih juga ditemani dengan lagu- lagu yang di sumbang-mambangkan. Dek kerana itu, akhirnya kami sepakat untuk menyanyi bersama-sama agar lagu itu menjadi sedap didengar seperti sediakala. Kami bersorak riang-ria setiap kali ternampak papan tanda menuju ke Cherating. Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar setiap papan tanda yg ada sebagai bukti kami telah sampai ke sana. Alangkah seronoknya waktu itu. Bagaikan orang asli masuk kebandar lagaknya. Lebih kurang tambah tolak darab campur kali, dalam pukul 5 kami selamat sampai ke Bay View Resort Cherating walaupun tersasar dan tersilap jalan untuk seketika. Memandangkan kecekapan dan kemantapan pemandu, kami berjaya mencari tempat peranginan yang bakal kami diami. Oh, alangkah damainya setelah kami tiba di sana. Deruan ombak yang mengganas menarik-narik kami agar segera menyentuhnya. Setelah mendaftar masuk dan membayar sejumlah RM 540 harga bilik daripada duit hasil kutipan dana kami, segera kami meluru ke bilik masing-masing. Keterujaan bermandi pantai menyebabkan salah seorang teman kami terus saja meluru kebilik dan menukar pakaian lalu segera menuju ke persisiran pantai yang terletaknya tidak jauh daripada bilik kami. Lebih kurang 20 meter barangkali. Ada juga yang merehatkan diri dengaN berbaring-baring di bilik Untuk melurus dan meregangkan urat-urat dan otot-otot yang kejang akibat kesan pecutan kereta yang dinaiki dan dipandu pula seorang pemandu yang cekap. Almaklumlah, mika hakinen pun tidak sehandal beliau.

Pada petang itu, kami berlima bersama-sama turun ke pantai bagi menikmati desiran ombak dan merasai kebiruan air laut. Ada yang terapung, ada yang tenggelam dan tidak kurang juga ada yang hanya setakat bermain di gigi air sahaja. Mungkin bimbang dibawa lari oleh ombak barangkali. Kami terus bermandi-manda tanpa menghiraukan orang sekeliling. Seolah-olah tempat tersebut kam iyang punya. Setelah puas bermandi pantai, kami menjalankan pula aktiviti menanam dugong. Eh silap, aktiviti menimbus seorang teman kami yang dengan sukarelanya dirinya di tanam. Tidak ketinggalan, kami merakamkan detik-detik manis tersebut dengan kamera digital cap ayam berwarna biru yang di bawa. Setelah puas menanam, menimbus, bergolek-golek mengambil gambar, kami meneruskan aktiviti dengan bermain bola tampar pantai. Keserasian antara kumpulan berlawan menyebabkan perlawanan seri. Tiada yang menang, dan tiada juga yang kalah. Jatuh, tergolek, terbalik, tertonggeng dan sebagainya kami rasai semasa bermain bola tampar itu. Sesi melatih tangan dan membuat pukulan berpusing umpama cerita aksi 'maero attack' lagaknya. Tema 'LEMBUT TAPI TEGAS' kami gunakan agar tangan tidak bengkak, terkehel ataupun terpeleot. Setelah itu, aktiviti berenang pula berlangsung. Umpama perenang handalan, masing-masing menunjukkan skil berenang dengan cara tersendiri. Agak-agak air di kolam renang hampir surut, kami sebulat suara untuk berhenti. Usai waktu bermain, kami balik ke bilik masing-masing untuk menukaikan solat dan mandi yang wajib menggunakan air biasa untuk menghilangkan debu-debu pantai yang boleh membawa kegatalan.

Kami menikmati juadah makan malam di rumah seorang kenalan yang terletak di Kemaman. Perut berkeroncong tidak mematahkan semangat kami untuk menunggu dengan penuh sabar kehadiran kenalan tersebut untuk menjemput kami di tepi simpang. Rungutan dari seorang teman akibat ketiadaan siaran telefon dan gangguan line radio kami diamkan sahaja. Mungkin geram kerana beliau tidak dapat menghantar laporan kepada yang tersayang barangkali. Setelah sampai di rumah kenalan berkenaan, juadah yang disajikan kami nikmati dengan penuh sopan santun dan agak rakus sedikit. Beliau menghidangkan nasi minyak berlaukkan ayam masak gulai kawah kalau tidak silap di sertakan acar timun dan keropok lekor rebus cecah sos. Memang sehingga menjilat jari kami semua di buatnya. Setelah berborak dan berbual-bual untuk sementara waktu, kami meminta diri untuk pulang. Sesi bergambar diadakan sebagai kenang-kenangan.

Kami menerukan perjalanan pulang dengan eprut yang kekenyangan sambil menikmati alunan lagu. Sura sumbang masih kedengaran. Di sini dan ketika inilah kami telah memunculkan satu lagu tema yagn amat menyentuh perasaan. Kami sama-sama menyanyikan lagu tersebut seorang demi seorang. tetapi akibat kesedapan lagu, seorang teman kami tertidur dengan nyenyaknya tanap sempat menghafl lirik. Tapi tidak mengapa, kam iakan mendesak dan memaksanay menghafal lirik dan lagu berkenaan sekembalinya ke kuala Lumpur nanti. Berulang-ulang kali kami menyanyikan lagu tersebut sampai ada di antara kami hampir muntah hijau dan pening kepala. Mungkin penyanyi sebenar juga hampir terkencing sekiranya menyanyikan lagu sendiri hampir 20 kali. Walau bagaimanapun, demi menjaga hati seorang teman yang amat menggilai lagu ini, pemandu tetap memutarkannya berulang kali. Permandangan malam nampak menusuk kalbu di iringi lagu tema yang berkumandang.

Pada keesokkan harinya, tepat jam 10 pagi kami bertolak ke Marang menuju ke rumah teman kami yang akan melangsungkan perkahwinan itu. Setelah menikmati sarapan pagi berharga RM 47.50 yang di bayar dari hasil kutipan dana, kami bersiap-siap untuk bertolak. Kami sempat singgah sebentar menikmati keasyikkan Pantai Kemasik. Bayu laut yang mendamaikan menyebabkan kami terpegun menyaksikan betapa agungnya ciptaan tuhan dalam mencipta pantai yang satu ini. Sempat juga kami merakam gambar kenangan di atas setongkol kayu di tepi pantai. Kami meneruskan perjalanan mencari rumah pengantin di Gong Beris. Sepanjang perjalanan, kami menjamu mata menyaksikan bandar terengganu yang kaya dengan hasil laut dan pinggiran pantai yang membiru. Sesampainya di kawasan Gong Beris setelah terlajak hampir 5 kilometer kerana pemandu nya asyik melayan perasaan, kami sempat singgah di tepian pantai dan menikmati secawan air kelapa muda yang terdapat di gerai tepi jalan milik seorang makcik. Sambil dipukul angin monsun timur laut agaknya, kami sekali lagi menikmati keindahan pantai yang terbentang luas di depan mata. Alangkah damainya, hilang segala penat dan langsung tidak terfikir tentang masalah di pejabat. Setelah habis menghirup air kepala berharga RM 1.oo setiap satunya, kami terus menuju ke rumah pengantin. Walaupun teragak-agak rumahnya, tapi kami tetap sampai jua akhirnya ke rumah pengantin. Sedondon memakai baju berwarna magenta ( merah + ungu+ meroon + pink) si pengantin anggun dan ayu berada di sisi suami. Senyuman gembira dan ceria yang terpamer menyedarkan kami bahawa teman yang satu itu amat gembira melayari rumah tangga yang akan di bina. Moga kebahgiaan sentiasa mengiringi beliau sehingga ke akhir hayat hedaknya, doa kami dalam hati. Sesi bergambar bersama penganti di adakan. Kami segera pulang untuk meneruskan aktiviti yang telah dijadualkan seterusnya.

Tiga orang awek sempat menukar pakaian bagi mengelakkan kesukaran bergerak ketika aktiviti makan angin di Kuala Terrengganu di jalankan. Tiba di Kuala Terengganu, kami bersiar-siar dan membeli belah di Pasar Payang. Ada yang membeli kain batik, sutera, cenderahati, makanan ringan dan tidak ketinggalan juga membeli segulung tikar untuk dibawa masuk ke rumah baru. Mungkin tikar di Kuala Lumpur tidak semenarik tikar di Terengganu barangkali. Selepas itu, kami pergi ke tempat-tempat yang agak popular di sana seperti tempat berlangsungnya aktiviti Monsun Cup dan pinggiran Pulau Duyong serta Kuala Ibai. Di samping itu, oleh kerana seorang teman mengidam asyik menyebut-nyebut untuk makan A&W, kami sempat juga menikmati hidangan A&W di tepi Pantai Batu Buruk menyaksikan permainan layang-layang sang penghuni pantai. Sedap juga daging ayam A&W tersebut memandangkan ada seorang teman kami langsung tidak pernah rasa makanan berkonsepkan A&W selama ini. Agak terjuda beliau memakannya sehinggakan tulang pun habis di mamah. Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Masjid terapung Tengku Tengah Zaharah dan menunaikan solat jamak bagi yang boleh. Selesai menunaikan kewajipan, perjalanan di teruskan dengan penuh asyik. Pemandu ke-2 membawa kami menyusuri jalan pantai tempat-tempat kenangan beliau pernah sampai ke sana satu ketika dulu. Terima kasih yang tidak terhingga harus diucapkan kepada beliau. Terima kasih pemandu ke-2!!

Keletihan jelas tergambar setelah seharian berjalan-jalan ke Kuala Terengganu. Namun tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjalan dan melepak di persisiran pantai di malam hari. Seorang teman kami telah hanyut di bawa mimpi di dalam bilik sedangkan kami yang lain terus menjalankan aktiviti 'bercanda dan berdating' di tepi pantai. Kami menyaksikan pasang surut air laut di tengah malam yang cerah bersaksikan bulan penuh dengan disinari cahaya yang terang. Apa-apa sahaja cerita yang dibualkan sehingga tanpa kami sedari waktu berlalu hampir tepat jam 12 malam. Ada juga teman yang sempat mencuci mata dengan melihat aksi seorang pekerja chalet beraksi sebagai 'gadis kolam renang' selepas mandi di kolam. Rugi betul teman yang lain tak dapat melihatnya. Air laut mula surut semula dan kami membuat keputusan untuk berjalan di persisiran pantai. Bimbang juga pegawai pencegah maksiat datang mencekup, mujurlah niat yang baik tidak disalah tafsirkan. Sekadar berjalan di tepi pantai, apalah salahnya. Kami singgah di sebuah gerai berkonsepkan ala-ala hawai yg kebetulan ada di situ. Sementelaah memesan 4 cawan air, kami sekali lagi menikmati keindahan pantai di waktu malam. Sang obor-obar berwarna biru kehijau-hijauan yang terdapat di celahan ombak memang cantik di pandang. Namun ketenangan kami diganggu dengan kehadiran seekor 'puppy'. Berlegar-lengar sambil menghidu sesuatu amat tidak menyenangkan kami. Keberanian seorang teman untuk menghalau menyebabkan 'puppy' tersebut semakin galak menyakat kami dengan duduk bersantai berhampiran tempat kami duduk. Dalam hati seorang teman menyumpah seranah di selang-selikan mantera agar 'puppy' tersebut segera beredar. Menyemak mata memandang. Namun 'puppy' itu tetap cuba untuk berkawan dengan kami. Langsung tidak mahu berenggang. Kami mengambil keputusan untuk segera beredar dan balik ke bilik. Di khuatiri terciptanya kenangan paling pahit di kejar anjing sewaktu bercuti, seorang teman berjalan laju tanpa menoleh ke belakang. Jangan pandang belakang hatinya berbisik. Sesampainya di bilik, perbualan masih tetap berlangsung sehingga ke jam 4 pagi. Tiba-tiba, rasa bagai lepak di NZ Wangasa Maju pula.

Harapan kami teramatlah kecewa dan terkilannya kerana tidak dapat menyaksikan matahari terbit(sunrise) seperti yang dijadualkan dan dijanjikan. Seorang teman yang agak lokek untuk mengejutkan temannya yang lain daripada tidur hanya menyaksikan sendiri. Sungguh tidak patot seadanya. Namun kami terima juga hakikat seadanya. Kami menikmati sarapan pagi untuk terakhir  kali. Seterusnya kami bermandi manda di pantai untuk aktiviti terakhir sebelum berangkat pulang. Untuk kali ini, kami semua sudah menyeimbangi dengan bermandi di tengah pantai. Tiada yang bermain di gigi air lagi. Walaupun ombak mengganas, kami tetap menempuhnya dengan cekal. Terminum air masin dan termakan pasir kami tetap juga teruskan bermandi-manda. Tidak ketinggalan juga kami bermandi di kolam renang. Aksi dugong, monster, jos, tengkorak hidup, berenang berirama, siput mengawan, tonggang terbalik, katak bertelur, penyu menangis, ayam lemas, yoga dan segala macam aksi kami lakukan menunjukkan betapa handalnya kami berenang. Hampir jam 12 tengah hari kami mula sedar diri. Waktu bertukar untuk menjadi orang Kuala Lumpur semula telah muncul. Kami bergegas balik ke bilik dan bersiap-siap untuk pulang.

Perjalanan pulang mengundang kesedihan dan kesayuan di hati kami. Untuk meninggalkan Cherating, memerlukan satu kekuatan yang bukan sedikit. Kami gagahi juga untuk pulang. Sebelum itu, kami singgah di kemaman untuk membawa ole-ole berupa keropok lekor dan keropok losong seperti yang dipesan teman yang sarat menanti kelahiran cajaya mata sulong.  Gambar terakhir kami rakamkan beramai-ramai di papan tanda Cherating yang kebetulan ada di tepi jalan. Seorang teman yang agak malu untuk bergambar bersama kerana bimbang gambarnya tidak kacak bertindak sebagai jurufoto sahaja. Laungan 'woitt' dari seorang penunggang yang lalu lalang tidak kami pedulikan langsung. Bergambar di mercu tanda Cherating lebih penting daripada segala-galanya walaupun tika itu hujan renya-renyai. Dan akhirnya, perjalanan pulang di teruskan setelah perut kekenyangan menikmati makan tengah hari di gerai pinggan sebesar dulang.

Kesunyian dan kesepian di dalam kereta amat terasa kerana masing-masing melayani perasaan sendiri. Ada juga yang tidur sambil memeluk bantal putih. Ada yang memeluk bantal peluk hijau sambil membalas mesej. Ada juga yang menumpukan perhatian pada setiap baris lagu yang berkumandang. Sang pemandu pertama pula kusyuk menumpukan perhatian. manakala ada juga yang leka menikmati kehijauan pohon-pohon kelapa sawit dan pokok-pokok getah di kiri kanan lebuhraya. Dan tidak kurang juga ada yang kusyuk memikirkan bagaimana pokok kelapa sawit mengeluarkan susu dan bagaimana pula getah menghasilkan minyak (wakakakaka). Atau sedang menyelidik dan memikirkan bagaimana penoreh menoreh kelapa sawit dan bagaimana penyawit mengait getah (kahkahkahkah). Hujan yang turun sepanjang jalan seolah-olah mengerti kesayuan kami meninggalkan bumi Terengganu dan Cherating. Masing-masing memilih untuk melayani perasaan sendiri sehingga sampai ke rumah. Dan bersyukur, kami selamat pergi dan selamat kembali setelah bercuti selama 3 hari 2 malam. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti mempoyokan diri. Adanya mereka, hiduplah dan cerialah percutian kami.

Aktifkan lagu tema!!

Fajar...menyinsing
Bulan masih mengambang
Dan kita pun berhenti di pinggir jalan
Di sinilah keluhannya
Membuka mataku
Dan layu sekuntum mawar
yang hendak ku beri padamu

Mengapa...kau membuat ku serba salah
Melayani perasaan menolak kebenaran
Setelah aku di landa gelora
Mabuk asmara
Sedangkan engkau tahu kelemahanku
Mudah jatuh cinta

Mengapa... begini
Kau akhiri
Dengan menyingkap tabir rahsia
Percintaan kamu berdua

Terjaga..mentari
Melenyapkan bulan
Dan mimpi semalam meluncur
Kesunyian sepanjang jalan..
Ku hilang dlm terang

 

 
dot dot dot
11.13.07 (5:49 pm)   [edit]

bnyk mengulor aje keje nye aku ari nih..
pas2 bila balik umah risau pasal keje x siap..
ape nak jadi lorr..

senarai keje setakat ni:
- cari quotation budi, aktiviti dr okt-dis
- edit database
- sijil KMK
- xtvt laporan tahunan
dll

ok ok..esok aku promsie aku akan buat!!!
hik3

 
myself
11.12.07 (7:15 pm)   [edit]

ahahahahaha
gelak je bila baca komentar dr seorang teman mengatakan tntg diri aku..
apa2 saje la yg nk dikatakan..
hakikatnya tntg aku.. hnya aku jer yg tau..





 

 
iman adalah perisai
11.08.07 (11:27 pm)   [edit]

proses meng'immune'kan diri dr sebarang godaan..
akhirnya berjaya jgk aku mendapatkan puasa enam hari di bulan syawal..
fuh..

peace (",)v

 
11.06.07 (11:08 am)   [edit]

Kadang-kadang dalam hidup ni, secara sengaja atau tidak kita pasti akan melukakan. Lumrah manusia pasti sedikit sebanyak akan mengalami benda yang sama. Untuk merancang masa depan, bukanlah umpama melakar dan melukis bentuk di hamparan kertas. Secara fizikal kita boleh nampak apa yang terlihat, tapi secara rohaniah dan subjektifnya terlalu jauh untuk di selami. Kekecewaan muncul bukanlah daripada satu pihak sahaja. Kekecewaan merupakaan satu perasaan yang menyelinap masuk dalam sanubari lantas sedikit demi sedikit menghakis sebuah harapan yang tinggi. Bila harapan itu dimusnahkan umpama pecahnya sebuah gelas kristal, sisa-sisa kaca terkena di jari lantas berdarah, begitu juga yang terjadi pada hati setelah ia dikecewakan. Kekecewaan bukanlah alasan untuk berdendam. Bukan alasan untuk menyakiti. Bukan alasan untuk membeci. Dan bukan juga alasan untuk memutuskan persaudaraan. Tapi kenapa kekecewaan seringkali dijadikan alasan untuk menamatkan sebuah penantian? Kenapa kekecewaan dijadikan alasan untuk mengakhiri sebuah perhubungan?. Kenapa ia dijadikan alasan untuk menghampakaan harapan orang lain? dan kenapa kekecewaan juga digunakan untuk menutup pintu hati dan menolak untuk menerima kehadiran hati lain? Serik kah?

Tuhan kurniakan perasaan pada manusia untuk berkongsi antara satu manusia dengan manusia lain. Tapi terdapat sesetengan umat yang masih tidak menyedari betapa indahnya perasan yang dikurniakan itu. Perasaan juga bukan untuk disakiti, tapi ia untuk dimanjai. Anggaplah kiranya perasaan itu di sakiti dan kekecewaan menghampiri sebagai satu hikmah dan nikmat yang manusia perlu rasai. Tak luak andai dikecewakan, kerana itu mengajar manusia erti hidup yang sebenar. Dan kiranya tak pernah dikecewakan sekalipun, anggap la itu satu bonus bahawa hidup di dunia ini ada pasang dan ada surutnya. Hidup umpama roda, kejap berada di tempat yang selesa. Dan adakalanya jatuh terkebawah di tempat yang menjengkelkan. Dalam hidup ni, kita perlu kerjar segala perkara yang ingin kita miliki. Namun ada batasnya kerana tak semua perkara yang kita sukai akan kita perolehi. Hidup umpama satu perjudian yang sedang berlangsung di meja judi. Entah kan kalah, entahkan menang. Indahnya hidup bila menyayangi dan menyukai. Tapi boleh kah kita menerima sekiranya diri kita disakiti? cuba bayangkan tentang hati dan perasaan orang lain yang kita lukai. Beitu juga perasaan nya bila kita pula dilukai. Sama saje bukan? Sedarkah kita bahawa di saat kita melukakan seseorang, secara tak langsung pada suatu masa yang lain kita juga akan dilukai?

Dan pada hari ini, aku terbaca di satu ruangan yang teramat biasa aku layari. Sungguhpun bukanlah ada kena mengena dengan aku barangkali, tapi jauh nun di dasar hati aku, dan aku menyedari sesuatu yang secara x langsung dapat aku rasakan betapa JAHAT nya aku!!! dapat aku sedari betapa ZALIM nya aku!!! cruel cruel cruel... padan dengan muka aku!!

Tunggu bas tu penat kan? tunggu teksi pun sama. Nak tunggu komuter atau lrt pn penat jgk walaupun ada tempat duduk. Nak tunggu mesyuarat dengan bos habis lagilah penat dan tensen. Bagaimana pula menunggu seseorang?? tak ternilai penatnya. Walaupun pujangga mengatakan penantian itu satu penyiksaan, tapi hidup kita ni tak lari dari keadaan menanti dan terus menanti. Cuma satu saja, sabarla... kerana berkat kesabaran terlalu agung nilainya. Penantian itu pasti berakhir.

Untuk kawan-kawan di luar sana yang sedang menanti, jangan berputus asa. Pasti ada habuan yang lebih menarik menanti di penghujung penantian itu. Cuma, sepanjang penantian tu nanti jangan pula lupa untuk memerhati di kiri dan kanan anda. Mana lah tau ada sesuatu yang lebih menarik lagi daripada apa yang anda nantikan. Jadi, pandang kiri kanan untuk menemuinya dan jangan pandang belakang. Anda mampu mengubahnya. ;-)


Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang banyak memberi harapan
Dengan sepenuh jiwa
Jangan biarkan ia menunggu
Janganlah sampai ia berlalu
Jangan fikir lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang
Sesal dan kesal engkau nantinya
Bila bungamu dirayu orang
Ke mana engkau akan mencari
Bila sang bunga melangkah pergi
Kerna tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang
Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang terlalu banyak meminta
Tiada menimbang rasa
Jangan dimanja atau dipandang
Walaupun hanya sebelah mata
Jangan tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia makin menyiksa


 
sleppy beauty..
11.05.07 (1:41 pm)   [edit]
virus malas melingkari diri aku kala ni..
adoi la... nk buat keje asek tergendala jer..
kepala otak sering memikirkan pasal blaja..
how to fix jadual midterm..
mengantuk pn ada rasa jgk..
nk tido tp dek kerana org kuar masuk je depan aku ni..
maka aku terpaksa kaber agar mata aku yg bulat bundar bak kata org ni x terlelap..
Zzzzz...
 
Image hosted by Photobucket.com



>>insan misteri<<(",)v

++AKU++
aku bekerja macam berlari...bukan selaju mana aku boleh lari, tapi sejauh mana aku boleh pergi..

++DIRIKU++
Hidup ini umpama cerita dongeng..kdg2 ianya menakjubkan..kdg2 ianya menggerunkan..terlalu banyak risiko yg menanti.. tapi ada sesuatu yg paling hebat didalamnya iaitu CiNtA.. ceh ceh ceh..

++KATA HATIKU++
kU KeJaR mENtAri YaNg HiLaNg ...
Ku NanTi SanG PelaNgI MenJElAng..
AkHiRnYa Aku TeRsUNGkuR dALaM tERang..
mERabA-RaBa mENcAri jAlaN pUlAng..


~jgn biarkan diri anda di hantui oleh diri sendiri..~


Sudah kudaki gunung tertinggi
Hanya untuk mencari dimana dirimu
Sudah kujelajahi isi bumi
Hanya untuk dapat hidup bersamamu
Sudah kuharungi laut samudera
Hanya untuk mencari tempat berlabuhmu
Tapi semakin jauh ku mencari
Cinta semakin aku tak mengerti
Akulah Arjuna....yang mencari cinta..
Wahai wanita....cintailah aku..
Mungkin kutemui cinta sejati
Saat aku hembuskan nafas terakhirku
Mungkin cinta sejati memang tak ada
Dalam cerita kehidupan ini