Blog For Free!


Archives
Home
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 July
2005 June

My Links
Mawifc.com
Tokeikedai Online

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




~ jangan berkahwin dengan seseorang yang anda boleh hidup dengannya...
tetapi berkahwinlah dengan seseorang yang anda tak boleh hidup tanpanya... ~








Take this test at Tickle

Your true color is Blue!

What's Your True Color?
Brought to you by Tickle


life is short...make it simple!
10.01.07 (11:11 am)   [edit]

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!   


PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.   

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu 

KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.   

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.   

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.   

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar. 

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1.Rasa hormat pada diri sendiri;
2.Rasa hormat kepada orang lain;
3.Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hamamerosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

di copy paste drpd laman forum@cesb. harap dihalalkan..:-)

 
ibu oh ibu..kau serikandi!
09.27.07 (3:05 pm)   [edit]

Smlm dan kelmarin, aku cuti sesaje. Sesaje pon x la sesaje jgk..ada sbb aku balik. Membeli perkakas raya. Menghiburkan hati mak dan menyenangkan hati abah. Bukak pose sesama mereka, org yg tersayang. Dan Al-kisahnyer...
Masa dlm bas nk balik.. ada sorang makcik ni nk pinjam henpon. Nak tepon anak dia katanya. Aku pun dgn senang hati memberinya pinjam. Dia suruh aku dailkan no anak dia. Aku pn dailkan dan ckp hello.. jap ye. Terus aku pas kat makcik tu. makcik just nk bgtau yg bas lambat dan suruh ank dia jgn tunggu tuk amek dia awl2. Pastu makcik tu xberapa dgr ape anak dia cakap.. dia pass kat aku balik. Aku pn slow talk bgtau ape yg berlaku..bas lembab..blablabla. Patu anak dai tanya aku agak2 kol bpr sampai. Aku pn agak la dlm kol 8 pasal bas gerak kol 6. Ikut tafsiran aku je la.  Dia suh mak dia tunggu kat hentian serdang. Aku pn kabo la kat makcik tu ape yg anak dia ckp.
Pastu tuko bas..pasal dreba yg asal sakit.. Aku kesian kat makcik tu. Dia sorang2 je. Dah la jln guna tongkat..umo ada baya2 mak aku mungkin. Aku tolong angkat beg dia. Pastu papah dia naik bas. Dlm bas tu la dia minta aku dok sblh dia. pepehal nk kontek anak dia senang. Aku pon ok je. pastu tetiba dia ckp.. makcik xpenah jalan sorang2 mcm ni. Pastu tetiba dia nangis. Erk..terkejut jgk aku. pastu dia cite yg dia kena halau dgn anak lelaki dia dr rumah dia sendiri. Lahabau punya anak. Sedih dgr citer makcik tu.. anak dia baru kawen. Menantu pompuan dia mcm x suka dia. Buat hal kat rumah... lepas mkn dok dlm bilik tido. Memanjang dok dlm bilik.. (Mcm mengumpat lak aku ni ha) . Time nk makan tau lak kuar. Mcm tu la hidup makcik tu selama 6 bln anak menantu dia ada kat rmh tu. Jadi mcm hamba..tlg masak..basuh baju..jaga makan pakai..duit pon makcik tu jgk yg bagi. Mcm dlm drama pon ye jgk. meleleh air mata makcik tu masa dia citer. Sedih...
Sanggup anak dia buat mcm tu.. ikut kata bini. Hilang akal gaknyer. Ya Allah.. insafkanlah hati dua manusia derhaka tu. Aku yg dengar ni..mcm nak siat2 kulit anak lelaki makcik tu. Sib baik la dlm bas..kalo depan mata..maunya aku baling dgn kapak. Biar mati katak kat situ jgk. Aku cuma mampu sabarkan makcik tu je. Teringat kat mak..kalo la ada anak2 yg mcm tu buat kat mak.. moga dijauhkan. Masih terngiang2 makcik tu kata yg anak dia halau dia" berambus dari rumah ni. Ni rumah bapak aku..aku xnk keluar. Kalo mak nak keluar..mak keluar. berambuss!!"" Astagfirullahalazim..kurang ajo betul anak. Tak cium bau syurga la ko situ. Tu yg makcik tu keluar dr rumah tu gi rumah anak dia yg kat kl ni. Nasibla ada anak ramai. Time dah dekat2 nk sampai hentian serdang..aku tepon anak makcik tu just bgtau suh amek mak dia. Masa tu lebih kurang kol 6.30 ptg. Tetiba anak makcik tu membebel lak kata tadi kol 8..ni asal smpi kol 6.30 plak. Pastu mengeluh mcm x puas hati. hek eleh..banyak bunyik plak. Nak je aku sound terang2 kat anak makcik tu ckp"woi..nak amek mak sendiri pon mengeluh ke..dtg je la amek.." tp sib baik la puasa dan utk menjaga hati makcik tu. Aku diam je. Just bgtau yg makcik tu dh nk sampai dn dtg amek dia. Time bas berhenti.. aku tlg bawak turun beg makcik tu letak kat tmpt yg selamat. Pastu makcik tu peluk2 aku. Dia ucapkan terima kasih. Rasa nak nangis. mcm x sampai hati nk tinggalkan makcik tu sorang2. Aku hntr msj kat anak dia yg mak dia dah sampai. Aku terus naik bas bsemula turun kat puduraya. Dlm hati berdoa supaya makcik tu selamat sampai kat rmh anak dia. Sedih bila teringat balik kisah smlm... antara sorotan kisah masyarakat yg bukan lakonan atau drama yg dibuat2. Betul2 terjadi dpn mata aku. Insaf...
Jgn la sekali2 melukakan hati mak abah kita... satu2nya penyelamat utk kita bahagia dunia akhirat ialah mereka.  
Mak abah... i luv u... more than words can't explain how much i luv two of u..
terima kasih atas segalanya... membesarkan..mendidik..menjaga..mengajar..mengasuh..memberi nasihat..dan segala2nya la.. (eceh..dan dan ingat nk brterima kasih..)

 
tipu dosa..mati siksa
09.21.07 (11:56 am)   [edit]
masuk hari ke-9 berpuasa..aku terkenang zaman kanak2 nyer puasa
kiranya aku bukanlah start berpuasa pd zaman kanak2 sgt..zaman bebudak kot..
dlm darjah 1 ke 2 ke gitu la..
tipu la kalo aku ckp aku puasa penuh time tu..dan tipu la jgk kalo aku katakan yg aku x pernah menipu dlm puasa (paham ke aku taip nih?)
mcm kanak2 ribena yg lain..
masa kecik2 duulu..time puasa aku suka sesangat gi rumah jiran sblah..
tgk makcik sblh tu buat kueh.. bukn tgk sesaje je mcm tu..tgk ada makna sebenornye
bila makcik tu leka je..aku curik satu kuih dia..aku simpan dlm poket baju..pastu buat tipu2 borak dgn dia.. bila dia leka lagi..aku ngap kuih td masuk mulut..
hahahaha... dasat tol (jgn bagtau makcik tu tau aku penah curik kuih dia)
tp skrg dh xpernah gi rmh makcik tu lg.. kalo aku gi pn bkn lg sbb nk curik2 mkn kuih dia bulan puasa mcm dulu2 tu..

bkn takat tu je..
kalau terlalu penat ulang alik ke sekolah.. time petang2 nk mandi tu..aku teguk la air paip sepuas2nya.. walaupon aku tau mak aku jeling2 je time aku nk gi mandi tu..
aku buat2 muka kesian je.. konon puasa la tuh
pastu..time nk bukak puasa..akulah yg paling buruk lantak..
kengkonon puasa penuh seharian.. seolah2 aku sorang je yg puasa dlm dunia ni
padahal.. pahit payau air paip tu aku dah teguk dulu..

tp tu semua dulu2 masa zaman kegemilanagn aku budak2 lagi..skrg dah tak..
jaga amanah untuk diri sendiri...sekarang mengikuti schedule puasa sebetul2nya
cuma x tau la puasa aku tu diterima atau tidak..
wallahuwaklam..

cuti raya lom tau lagi nk amek hari ape..
kelas aku last pon xtau lagi..
tunggu la..
yg penting skrg nk beli langsir.. beli tudung tuk baju raya..beli kuih raya..
beli blablablabla....
 
bila masa mengejar aku...
09.19.07 (11:09 am)   [edit]
malam ni bermulalah episod baru dlm hidup aku..
menjadi seorang student u..hehe
terlaksana jgk impian aku yg satu ni..
so mlm ni..kuliah pertama aku kat ukm kl akan berlangsung..
di ikuti hari2 seterusnya sehingga la sabtu..
selamat belajar utk diri aku..moga makin terisi la masa2 aku dgn sesuatu yg pecah kepala..haha
nampaknanya dah xde masa nk jadi perewang mlm lg dah..
dok lepak2 dgn member sambil pekena teh ais..gelak mengekek sambil gosip2 semasa
tu pn keje berfaedah jgk tu..dok mengeratkan silaturahim dgn mmber2..
cuma..pengisian waktu aku dgn blaja ni lebih teratur dan berkopetensi lagi la kononnya..(ceh..podah)
ape pon..tu semua utk mempersiapkan diri aku menjadi seorang yg lebih berkualiti dari segi ilmu pengetahuan dan pengalaman..(ewah ayat..)

semoga aku menjadi seorang yg lebih cekap dan profesional dalam menyeimbangi kedua2nya antara keje dgn pelajaran..
yehaaaa...aku boleh beb!!!!
utk mak abah...anakmu yg comel ini xkan lupa pngorbanan kalian.. dun worry my loves..

dan...harapan ramadan aku kali ini spt ramadan2 yg sebelum ini..

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

 
Salam Ramadhan...
09.12.07 (7:27 pm)   [edit]

Menyusul hanya beberapa detik saja lagi di ambang ramadhan..
aku dengan tulus hatinya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN pada semua kawan2 yg baca blog aku yg  glemer ni.
Pada mak abah...akak2..abg2..adik2 aku semua..
walaupun depa xbaca blog aku yg kacak ni..pn x ketinggalan aku ucapkan selamat berpuasa..
Pada kawan2 di luar sana..pada semua2 la yang beragama Islam..
Moga ramadhan kali ni memberi seribu rahmat dalam mengejar ketaqwaan pada Allah..
Moga ketaqwaan tu berkekalan sampai bila2..jgn pada masa bulan ramadhan je..
(mcm buat ucapan menang award plak rasanya)

SELAMAT BERPUASA!!! peace (",)

 
aku yg gemilang
09.04.07 (7:14 pm)   [edit]

ahad lepas ber'gathering' lagi..
best..excited..menarik.. mcm2 lg la..
spt gath yg dulu2... ok..
kerjasama dan kombinasi antara semua user amat menggalakkan..
proud to be tko team..

hari ni tiba2 mood kurang .. nk senyum pon x larat..
sakit kepala menyerang..dunno why..xpenah aku rasa sakit kepala yg teruk mcm ni..
mybe penangan air tasek kot.. gaknyer la..berkayak nyer pasal.. sengal segala otot badan
rasa mamai je gi opis arini walau dh berehat sehari suntuk semalam..
tido x ingat dunia ma.. lama x bersenam gaknyer..(dah tua dah tu sebeno nyer)
ntah la..aku rasa bahawa aku bukan aku..
pelik kan?? hahaha gila!

aku berusaha utk mengubah diri aku agar suka pd sesuatu yg sebelum ni aku x de peluang utk hargai
tp nampaknya aku tak diberi peluang utk menunjukkan keikhlasan aku kali ni...
perlukah aku berputus asa?
aku x nk berputus asa sbnrnya... sbb xde dlm kamus hidup aku istilah putus asa..(konon la)
cuma..kalau usaha aku hanya sia2.. baik aku berlalu..
mybe aku x diperlukan lagi..
xpe la kalo nk kata aku ni cepat mengalah.. pengecut.. x berani hadapi sesuatu yg mencabar..
biarla dan biarla.. kalo dulu aku yg di nanti..skrg aku pulak nk jd penanti.. penanti yg setia gitu..
aku tak kisah dikecewakan.. sbb itu mmg risiko yg kena dihadapi
cuma.. aku kecewa bila org anggap aku memilih dan xde perasaan...
xper la... tewas x bererti kalah..cuma aku nk jd pendamai
aku berundur senyap2... dan aku anggap sesuatu yg aku dah suka tu dah ada yg lebih di sukai..

(kepala aku weng ari ni... taip pn ala2 org kecewa.. mcm bkn aku jek)

selamat tinggal pujaan
selamat kau berbahgia
hidup di samping si dia
kasih baru yg kau puja
kini tibalah masanya
ku tetap bermohon diri
agar kau tak bercuriga
padaku kau lupa saja
tak guna bersedih
tak guna kau kenang lagi
biarku bersendiri
membawa perasaan hati
selamat tinggal puspita
selamat kau selamanya
hanya satu yg kupinta
senyuman manis yg mesra..

pergh... frustrated tahap jatuh longkang nih... bior la labu..dah jari syok menaip..mata x berdaya nk buka..layannn

 
Image hosted by Photobucket.com



>>insan misteri<<(",)v

++AKU++
aku bekerja macam berlari...bukan selaju mana aku boleh lari, tapi sejauh mana aku boleh pergi..

++DIRIKU++
Hidup ini umpama cerita dongeng..kdg2 ianya menakjubkan..kdg2 ianya menggerunkan..terlalu banyak risiko yg menanti.. tapi ada sesuatu yg paling hebat didalamnya iaitu CiNtA.. ceh ceh ceh..

++KATA HATIKU++
kU KeJaR mENtAri YaNg HiLaNg ...
Ku NanTi SanG PelaNgI MenJElAng..
AkHiRnYa Aku TeRsUNGkuR dALaM tERang..
mERabA-RaBa mENcAri jAlaN pUlAng..


~jgn biarkan diri anda di hantui oleh diri sendiri..~


Sudah kudaki gunung tertinggi
Hanya untuk mencari dimana dirimu
Sudah kujelajahi isi bumi
Hanya untuk dapat hidup bersamamu
Sudah kuharungi laut samudera
Hanya untuk mencari tempat berlabuhmu
Tapi semakin jauh ku mencari
Cinta semakin aku tak mengerti
Akulah Arjuna....yang mencari cinta..
Wahai wanita....cintailah aku..
Mungkin kutemui cinta sejati
Saat aku hembuskan nafas terakhirku
Mungkin cinta sejati memang tak ada
Dalam cerita kehidupan ini